meriahkan buku tamu kami

Kamu Yang Datang-Pena Bernoktah

Batu kecil itulah aku,
Insan kerdil di alam fana,
Dicipta Yang-kuasa sempurna sifatku,
Tinggi menggunung mencecah langit leluhurku,
Sehingga dia tiba meragut segala..

Keras aku disini,
Teguh berdiri menentang arusmu,
Walau onak duri terus melanda,
Kamu tsunami hidupku,
Merempuh segala dilaluan arusmu,
meragut,merentap menyentap
Yang menjadi milikku..

Hidup bagai roda berputar,
Dahulunya aku tinggi menggunung,
Kini aku melata disini,
Bersama sisa-sisa tinggalan mu,
Aku ingin berdiri,
Menggapai langit sekali lagi

3 comments:

Anderson Ansam said...

wowwww..hahahaha, hebat ler

Anonymous said...

terbaiklah....

Azrie sunny foo said...

tQ...